BAHAGIAN A : REFLEKSI TAJUK
1.O REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1
UNIT
|
TAJUK
|
1
|
PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
|
1.1
RINGKASAN ISI KANDUNGAN
Unit ini mengenai sejarah
perkembangan pendidikan dari sudut kurikulum dan pengajaran berdasarkan tiga
zaman iaitu zaman sebelum penjajahan, zaman penjajahan Inggeris dan zaman
selepas merdeka. Di zaman sebelum penjajahan, pendidikan adalah secara
informal dalam institusi keluarga di mana ibubapa memainkan peranan penting
dalam mendidik adat resam yang bersifat ketimuran dan ajaran agama Islam yang teguh .Semasa zaman
penjajahan Inggeris, sistem pendidikan dibawah dasar pecah dan perintah
memperkenalkan sekolah vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar.Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iaitu
sekolah vernakular Melayu, sekolah
vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil . Sekolah
Inggeris dan sekolah mubaligh juga dibina. Zaman selepas merdeka pendidikan
berunsurkan perpaduan menjadi agenda
utama dalam Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang diguna pakai
dalam kurikulum dan pengajaran. Akta Pelajaran 1961 membentuk kurikulum dan sistem peperiksaan
yang sama untuk keseluruhan sistem persekolahan. Pendidikan dari sudut
pengajaran menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama . Kurikulum
dan pengajaran memberi fokus literasi bagi melahirkan rakyat yang bebas
daripada masalah buta huruf dan pembangunan negara.
|
1.2 Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan
berikan penjelasannya
|
Konsep
|
Penjelasan
|
1.
|
Pendidikan informal
|
Pendidikan dan pengalaman yang diperoleh
melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi dengan ahli
keluarga dan masyarakat.
|
2.
|
Pendidikan formal
|
Pendidikan terancang di mana kurikulum atau
program pengajian dan mata pelajaran disusun dan di ajar oleh guru kepada
pelajar di institusi pendidikan yang tertentu.
|
3.
|
Sekolah vernakular
|
Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar,
|
4.
|
Sekolah Nihongo
|
Sekolah yang menggunakan bahasa Jepun sebagai
bahasa pengantar dan menerapkan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan
maharaja Jepun.
|
5.
|
Pendidikan non formal
|
Pendidikan tambahan yang terancang yang diajar
di luar pendidikan formal bengkel atau latihan khas.
|
2.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT 3
UNIT
|
TAJUK
|
3
|
MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
|
2.1
RINGKASAN ISI KANDUNGAN
Unit ini mengenai matlamat kurikulum sekolah rendah secara umumnya
selaras dengan matlamat pendidikan di Malaysia. Matlamat pendidikan
berkembang mengikut perkembangan zaman sebelum penjajahan, zaman semasa
penjajahan dan zaman selepas merdeka. Di zaman sebelum penjajahan ,
pendidikan adalah bercorak tradisional dan matlamatnya ke arah meneruskan
kehidupan ,kesejahteraan dan keharmonian di dunia dan di akhirat dengan
ajaran agama yang kuat. Semasa penjajahan ingggeris, matlamat pendidikan
ketika itu bukan ke arah perpaduan kaum tetapi ialah memberikan pendidikan asas kepada
kanak-kanak agar mereka dapat meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang diwarisi
oleh ibubapa masing-masing. Perlaksanaan sekolah vernakular dan sekolah
inggeris menggunakan kurikulum yang berbeza sebagai memenuhi dasar pecah dan
perintah. Matlamat kurikulum dalam pendidikan selepas merdeka pendidikan ke
arah perpaduan rakyat berpandu Akta Pelajaran 1960 berasaskan Ordinan
Pelajaran 1957 dan Penyata Razak 1956 . Di samping itu membasmi buta huruf
dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara. Selepas Kurikulum
Baru Sekolah Rendah diperkenalkan 1983 dan dimurnikan dengan dikenali sebagai
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR )1993 dan mengalami proses pemurnian sekali lagi
pada 2001. Matlamat KBSR adalah untuk mencapai perkembangan potensi individu
secara menyeluruh bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Kurikulum dalam pendidikan
terus mengalami tranformasi dan mulai
2011 pendidikan KBSR telah dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR ) . Matlamat kurikulum dalam
pendidikan KSSR ialah memupuk semangat cintai negara, menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi serta dapat melahirkan modal insan seimbang, yang
boleh menangani cabaran masa depan.
|
2.2 Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan
berikan penjelasannya
|
Konsep
|
Penjelasan
|
1.
|
Matlamat
|
Hasrat jangka panjang yang hendak dicapai.
|
2.
|
Objektif
|
Hasrat yang lebih konkrit yang mampu dicapai
dengan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih
pendek.
|
3.
|
Matlamat pendidikan
|
Suatu jangkaan tingkah laku bersifat menyeluruh
yang diharapkan akan diperolehi di akhir suatu proses pendidikan.
|
4.
|
Matlamat kurikulum
|
Matlamat kurikulum adalah selaras dengan
matlamat sesuatu sistem pendidikan
|
5.
|
Sekolah vernakular
|
merujuk kepada sekolah
yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pelaksanaan dan
pembangunan (P&P) di sekolah.
|
3.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 4
UNIT
|
TAJUK
|
4
|
ORGANISASI
KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
|
3.1
RINGKASAN ISI KANDUNGAN
Unit ini mengenai organisasi
kurikulum yang ada dalam perlaksanaan pendidikan peringkat rendah yang
melibatkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR ). Di peringkat KBSR dan KSSR kurikulum diorganisasikan
dengan mengambil kira tahap-tahap persekolahan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
Bagi Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1,Tahun 2, dan Tahun 3. Manakala bagi
Tahap 2 pula terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Selain itu
kurikulum diorganisasikan berdasarkan
bidang . Bagi KBSR kurikulum berdasarkan tiga bidang iaitu Komunikasi,
Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu.Bagi bidang
Komunikasi komponen nya adalah Kemahiran Asas, bagi bidang Alam dan
Kelilingnya komponen yang terlibat adalah nilai,kemanusiaan dan sikap dan
komponen bagi manisia dan alam kekwlindan mengikut kategori mata pelajaran
teras,wajib dan elektif. Selain itu dari sudut organisasi terdapat perbezaan
antara KBSR dan KSSR .Perbezaan boleh dilihat dari aspek tahap organisasi
iaitu tahun pembelajaran, bidang dan komponen seterusnya dari sudut
peruntukan waktu pembelajaran .
|
3.2 Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan
berikan penjelasannya
|
Konsep
|
Penjelasan
|
1.
|
Organisasi
|
Merupakan satu
kesatuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu yang mempunyai tujuan
untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut.
|
2.
|
Modul
|
Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan
secara modular dan bersifat kendiri lengkap.
|
3.
|
Tunjang
|
Satu pembentukan pengklasifikasian bidang ilmu
, kemahiran dan nilai yang membentukan model insan seimbang dari segi jasmani
, emosi, rohani, intelek dan sosial.
|
4.
|
Mata pelajaran teras
|
Merupakan mata pelajaran yang perlu dipelajari
ole semua murid mengikut aliran persekolahan.
|
5.
|
Kurikulum
|
Merupakan suatu kegiatan
belajar bagi murid-murid di sekolah, atau sebagai suatu peringkat tujuan yang
ingin dicapai. Suatu kurikulum juga dapat menunjuk kepada suatu dokumen
sebagai hasil persetujuan bersama antara para penyusun kurikulum dan
masyarakat.
|
4.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT 5
UNIT
|
TAJUK
|
5
|
MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH
|
4.1
RINGKASAN ISI KANDUNGAN
Unit ini menerangkan asas-asas
penentuan mata pelajaran bergantung kepada reka bentuk kurikulum yang
ditetapkan . Selain itu unit ini memberi penjelasan tentang perkara-perkara
berkaitan mata pelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Unit ini juga
menunjukkan perbandingan antara mata pelajaran dalam KBSR dan KSSR. Bidang
mata pelajaran dalam KBSR dikategorikan kepada tiga iaitu mata pelajaran
teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Bagi setiap matapelajaran terdapat lima kategori
komponen iaitu kemahiran asas, kerohanian nilai dan sikap, manusia dengan
persekitaran, kemahiran hidup, kesenian dan rekreasi. Dalam mata pelajaran
KSSR terdapat tiga kelompok utama
iaitu modul teras, modul teras tema dan modul elektif.Manakala bagi mata
pelajaran Tahap dua diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu tunjang
komunikasi, tunjang sains dan teknologi, tunjang perkembangan fizikal dan
estetika , tunjang kerohanian, sikap dan nilai serta tunjang kemanusiaan.
Perbezaan yang ketara antara KBSR dan KSSR adalah bagaimana pengklasifikasian
bidang ilmu. Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam
KSSR adalah bagi memastikan murid mengalami pertumbuhan dan perkembangan
secara seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
.
|
4.2 Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan
berikan penjelasannya
|
Konsep
|
Penjelasan
|
1.
|
Dokumen standard kandungan ( DSK )
|
Merupakan penyataan spesifik tentang perkara
yang patut diketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
|
2.
|
Modul
|
Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan
secara modular dan bersifat kendiri lengkap.
|
3.
|
Tunjang
|
Satu pembentukan pengklasifikasian bidang ilmu
, kemahiran dan nilai yang membentukan model insan seimbang dari segi jasmani
, emosi, rohani, intelek dan sosial.
|
4.
|
Matapelajaran wajib
|
Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua
murid
|
5.
|
Dokumen Standard Pembelajaran ( DSP )
|
Satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan
|
5.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 8
UNIT
|
TAJUK
|
8
|
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH.
|
5.1
RINGKASAN ISI KANDUNGAN
Dalam unit ini menerangkan konsep
Elemen Merentas Kurikulum ( EMK ) dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah
rendah. Elemen Merentas Kurikulum ( EMK ) ialah unsur nilai tambah yang
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Elemen yang sedia ada
terlibat dalam KSSR adalah bahasa, pendidikan alam sekitar, sains dan
teknologi serta patriotism. Elemen tambahan baru iaitu Teknologi Maklumat dan
Komunikasi ( TMK ), keusahawanan serta kreativiti dan inovasi. Seterusnya
kepentingan integrasi elemen kurikulum ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan
yang dihasratkan iaitu yang mampu menangani cabaran semasa dan cabaran masa
hadapan. Perlaksanaan integrasi elemen merentas kurikulum ini dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah dengan guru disarankan
menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang berkesan dan
melibatkan aktiviti dengan menerapkan
elemen merentas kurikulum yang relevan untuk mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan. Pengajaran dan pembelajaran juga perlu
interaktif dan menarik minat murid.
|
5.2 Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan
berikan penjelasannya
|
Konsep
|
Penjelasan
|
1.
|
Elemen Merentas Kurikulum
|
Merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam prses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan.
|
2.
|
Kreatif dan inovatif
|
Merupakan satu kebolehan individu yntuk
menghasilkan atau mencipta sesuatu , menyelesaikan masalah dan mencapai
sesuatu objektif.
|
3.
|
Keusahawanan
|
Merupakan satu proses dalam membentuk
ciri-ciri, sikap, kaedah berfikir dan nilai ke arah menjadi seorang usahawan.
|
4.
|
Pendidikan Alam Sekitar
|
Merupakan satu elemen sedia ada dalam EMK yang bertujuan untuk menanam sikap
mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid.
|
5.
|
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
|
Merupakan
teknologi
yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas:
berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara
tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu
|
.