Sunday 29 April 2012


BAHAGIAN A : REFLEKSI TAJUK


1.O   REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1

UNIT
TAJUK
1
PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH


1.1  RINGKASAN ISI KANDUNGAN


Unit ini mengenai sejarah perkembangan pendidikan dari sudut kurikulum dan pengajaran berdasarkan tiga zaman iaitu zaman sebelum penjajahan, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka. Di zaman sebelum penjajahan, pendidikan adalah secara informal dalam institusi keluarga di mana ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik adat resam yang bersifat ketimuran dan  ajaran agama Islam yang teguh .Semasa zaman penjajahan Inggeris, sistem pendidikan dibawah dasar pecah dan perintah memperkenalkan sekolah vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iaitu sekolah vernakular  Melayu, sekolah vernakular  Cina  dan sekolah vernakular Tamil . Sekolah Inggeris dan sekolah mubaligh juga dibina. Zaman selepas merdeka pendidikan berunsurkan perpaduan  menjadi agenda utama dalam Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang diguna pakai dalam kurikulum dan pengajaran. Akta Pelajaran 1961  membentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama untuk keseluruhan sistem persekolahan. Pendidikan dari sudut pengajaran menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama . Kurikulum dan pengajaran memberi fokus literasi bagi melahirkan rakyat yang bebas daripada masalah buta huruf dan pembangunan negara.












1.2  Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
Penjelasan
1.
Pendidikan informal

Pendidikan dan pengalaman yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi dengan ahli keluarga dan masyarakat.

2.
Pendidikan formal

Pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan mata pelajaran disusun dan di ajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan yang tertentu.

3.

Sekolah vernakular
Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar,
4.

Sekolah Nihongo
Sekolah yang menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dan menerapkan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan maharaja Jepun.
5.

Pendidikan non formal
Pendidikan tambahan yang terancang yang diajar di luar pendidikan formal bengkel atau latihan khas.













2.0   REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 3

UNIT
TAJUK
3
MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH


2.1  RINGKASAN ISI KANDUNGAN


Unit ini mengenai matlamat  kurikulum sekolah rendah secara umumnya selaras dengan matlamat pendidikan di Malaysia. Matlamat pendidikan berkembang mengikut perkembangan zaman sebelum penjajahan, zaman semasa penjajahan dan zaman selepas merdeka. Di zaman sebelum penjajahan , pendidikan adalah bercorak tradisional dan matlamatnya ke arah meneruskan kehidupan ,kesejahteraan dan keharmonian di dunia dan di akhirat dengan ajaran agama yang kuat. Semasa penjajahan ingggeris, matlamat pendidikan ketika itu bukan ke arah perpaduan kaum tetapi  ialah memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak agar mereka dapat meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang diwarisi oleh ibubapa masing-masing. Perlaksanaan sekolah vernakular dan sekolah inggeris menggunakan kurikulum yang berbeza sebagai memenuhi dasar pecah dan perintah. Matlamat kurikulum dalam pendidikan selepas merdeka pendidikan ke arah perpaduan rakyat berpandu Akta Pelajaran 1960 berasaskan Ordinan Pelajaran 1957 dan Penyata Razak 1956 . Di samping itu membasmi buta huruf dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara. Selepas Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan 1983 dan dimurnikan dengan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR )1993  dan mengalami proses pemurnian sekali lagi pada 2001. Matlamat KBSR adalah untuk mencapai perkembangan potensi individu secara menyeluruh bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan  Kebangsaan . Kurikulum dalam pendidikan terus mengalami tranformasi  dan mulai 2011 pendidikan KBSR telah dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR ) .  Matlamat kurikulum dalam pendidikan KSSR ialah memupuk semangat cintai negara, menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta dapat melahirkan modal insan seimbang, yang boleh menangani cabaran masa depan.



2.2  Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
Penjelasan
1.
Matlamat
Hasrat jangka panjang yang hendak dicapai.
2.
Objektif
Hasrat yang lebih konkrit yang mampu dicapai dengan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendek.
3.

Matlamat pendidikan
Suatu jangkaan tingkah laku bersifat menyeluruh yang diharapkan akan diperolehi di akhir suatu proses pendidikan.
4.

Matlamat kurikulum
Matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat sesuatu sistem pendidikan
5.

Sekolah vernakular
merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pelaksanaan dan pembangunan (P&P) di sekolah.





















3.0   REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 4

UNIT
TAJUK
4
ORGANISASI  KURIKULUM SEKOLAH RENDAH


3.1  RINGKASAN ISI KANDUNGAN


Unit ini mengenai organisasi kurikulum yang ada dalam perlaksanaan pendidikan peringkat rendah yang melibatkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR ). Di peringkat KBSR dan KSSR kurikulum diorganisasikan dengan mengambil kira tahap-tahap persekolahan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Bagi Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1,Tahun 2, dan Tahun 3. Manakala bagi Tahap 2 pula terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Selain itu kurikulum diorganisasikan berdasarkan  bidang . Bagi KBSR kurikulum berdasarkan tiga bidang iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu.Bagi bidang Komunikasi komponen nya adalah Kemahiran Asas, bagi bidang Alam dan Kelilingnya komponen yang terlibat adalah nilai,kemanusiaan dan sikap dan komponen bagi manisia dan alam kekwlindan mengikut kategori mata pelajaran teras,wajib dan elektif. Selain itu dari sudut organisasi terdapat perbezaan antara KBSR dan KSSR .Perbezaan boleh dilihat dari aspek tahap organisasi iaitu tahun pembelajaran, bidang dan komponen seterusnya dari sudut peruntukan waktu pembelajaran .













3.2  Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
Penjelasan
1.
Organisasi
Merupakan satu kesatuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut.
2.
Modul
Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri lengkap.
3.

Tunjang
Satu pembentukan pengklasifikasian bidang ilmu , kemahiran dan nilai yang membentukan model insan seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani, intelek dan sosial.
4.

Mata pelajaran teras
Merupakan mata pelajaran yang perlu dipelajari ole semua murid mengikut aliran persekolahan.
5.

Kurikulum
Merupakan suatu kegiatan belajar bagi murid-murid di sekolah, atau sebagai suatu peringkat tujuan yang ingin dicapai. Suatu kurikulum juga dapat menunjuk kepada suatu dokumen sebagai hasil persetujuan bersama antara para penyusun kurikulum dan masyarakat.










4.0   REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 5

UNIT
TAJUK
5
MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH


4.1  RINGKASAN ISI KANDUNGAN


Unit ini menerangkan asas-asas penentuan mata pelajaran bergantung kepada reka bentuk kurikulum yang ditetapkan . Selain itu unit ini memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Unit ini juga menunjukkan perbandingan antara mata pelajaran dalam KBSR dan KSSR. Bidang mata pelajaran dalam KBSR dikategorikan kepada tiga iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Bagi  setiap matapelajaran terdapat lima kategori komponen iaitu kemahiran asas, kerohanian nilai dan sikap, manusia dengan persekitaran, kemahiran hidup, kesenian dan rekreasi. Dalam mata pelajaran KSSR  terdapat tiga kelompok utama iaitu modul teras, modul teras tema dan modul elektif.Manakala bagi mata pelajaran Tahap dua diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu tunjang komunikasi, tunjang sains dan teknologi, tunjang perkembangan fizikal dan estetika , tunjang kerohanian, sikap dan nilai serta tunjang kemanusiaan. Perbezaan yang ketara antara KBSR dan KSSR adalah bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu. Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi memastikan murid mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan .













4.2  Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
Penjelasan
1.
Dokumen standard kandungan ( DSK )
Merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang patut diketahui dan boleh dilakukan dalam  suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
2.
Modul
Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri lengkap.
3.

Tunjang
Satu pembentukan pengklasifikasian bidang ilmu , kemahiran dan nilai yang membentukan model insan seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani, intelek dan sosial.
4.

Matapelajaran wajib
Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid
5.

Dokumen Standard Pembelajaran ( DSP )
Satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan












5.0   REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 8

UNIT
TAJUK
8
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH.


5.1  RINGKASAN ISI KANDUNGAN


Dalam unit ini menerangkan konsep Elemen Merentas Kurikulum ( EMK ) dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. Elemen Merentas Kurikulum ( EMK ) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Elemen yang sedia ada terlibat dalam KSSR adalah bahasa, pendidikan alam sekitar, sains dan teknologi serta patriotism. Elemen tambahan baru iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ), keusahawanan serta kreativiti dan inovasi. Seterusnya kepentingan integrasi elemen kurikulum ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan iaitu yang mampu menangani cabaran semasa dan cabaran masa hadapan. Perlaksanaan integrasi elemen merentas kurikulum ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah dengan guru disarankan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang berkesan dan melibatkan aktiviti dengan menerapkan  elemen merentas kurikulum yang relevan untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Pengajaran dan pembelajaran juga perlu interaktif dan menarik minat murid.













5.2  Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
Penjelasan
1.
Elemen Merentas Kurikulum
Merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam prses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
2.
Kreatif dan inovatif
Merupakan satu kebolehan individu yntuk menghasilkan atau mencipta sesuatu , menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu  objektif.
3.

Keusahawanan
Merupakan satu proses dalam membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah berfikir dan nilai ke arah menjadi seorang usahawan.
4.

Pendidikan Alam Sekitar
Merupakan satu elemen sedia ada dalam  EMK yang bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid.
5.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu



.